Journal

Jepun : Dekati Budaya Sebenar Masyarakat Jepun di Iyashi No Sato

Written by Muhamad Mawardi Bin Mat Yunus

Pengalaman berjalan ke bandar Tokyo memang satu pengalaman yang indah! Kalau korang semua berkesempatan untuk ke sana, banyak tempat menarik yang boleh korang lawat untuk memahami budaya dan mempelajari adat resam mereka. Malah, Tokyo juga penuh dengan tempat tempat bersejarah yang kini telah dibangunkan untuk dipertontonkan kepada umum.

Iyashi No Sato

Kalau dah ada kat sana, rugi kalau korang tak lawat sebuah perkampungan tradisional Jepun yang pernah hancur akibat tanah runtuh, taufan pad tahun 1966 tau! Digelar Iyashi No Sato, sebuah kawasan yang terletak di daerah Namba, pinggir barat Lake Saiko ini merupakan tarikan utama pelancong dari serata dunia!

Kalau korang nak tahu, selepas 40 tahun dilanda bencana hebat, rumah rumah kampung tradisional ini dipulihkan dan kini dijadikan sebagai muzium dan perkampungan kraftangan. Menariknya, ia mempunyai lebih daripada 20 buah rumah yang diubahsuai dan ada keunikan masing-masing. Fuh! Malas nak cakap lebih, korang rasai pengalamannya sendiri nanti.

Iyashi No Sato

Lagi syok sebab korang pun berpeluang merasai pengalaman menjadi orang Jepun. Ha, bila lagi nak rasa kalau bukan waktu melancong kan? Disini, korang boleh cuba pakaian tradisional seperti kimono atau samurai dengan bayaran yang semestinya berbaloi dan menarik, apatah lagi apabila belatarbelakangkan Gunung Fuji yang merupakan salah satu kebanggaan orang Jepun! Masa nilah nak ambil gambar cantik cantik ala instafamous untuk Instagram korang.

Untuk berjalan disekitar kawasan ini, korang akan ambil masa kira kira 40 minit hingga satu jam sahaja. Sekiranya korang datang dari Stesen Kawaguchiko, jangan lupa ambil ‘Retro Bus’ untuk kesini. Oh, bagi Muslim jangan risau, ada surau kecil disini bagi memudahkan korang solat. Tak puas lagi? Korang boleh merasa buat sendiri kraftangan yang korang suka, bayar dan bawa balik Malaysia untuk sanak saudara. Memang syoklah pengalaman melawat Tokyo! Bandar bersejarah yang penuh bermakna.

Kalau tanya saya, memang saya nak pergi sekali lagi. Tak puas lagi weh belajar tentang kebudayaan Jepun! Syok!!

#lovetofly

Leave a Reply

Sign up with us and find out about our latest adventures and exclusive deals!   Sign Up